Aku hanyalah seorang pengembara di bumi Allah yg fana. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabul segala hrpn. Yakin pada Allah bukan mengharap keindahan nikmat. Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya. Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. Disitu air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyah Allah. Tersirat rahmat dan ujian. Diuji kita sebagai tanda sayangNya.~
4.5.11
Kita Hanya Sebentar
30.3.11
Remaja Sekarang Mudah Sangat Ungkapkan Sayang
Mesti pelik kan kenapa aku asyik cerita pasal isu-isu remaja. Kenapa tak isu-isu pasal warga emas ke pasal nelayan ke. Haha. Sebab utama ialah sebab aku sendiri seorang remaja. ;p
Ok berbalik kepada topik.
Korang setuju tak dengan statement aku tu? Tak setuju? Sebab sifat berkasih sayang tu fitrah manusia? Sebab hari ni hari berkasih sayang sedunia? Ke sebab apa korang tak setuju?
Aku pelik bila orang baru kenal sebulan dah cakap sayang. Baru jumpa sekali dah cakap itulah cinta hati. Baru kapel beberapa bulan dah kata macam-macam. Haishh itulah realiti kebanyakan remaja sekarang.
Teringat orang yang pernah cakap kat aku, sayang dan suka tu dua perkara yang berbeza. Suka tak semestinya sayang tapi sayang semestinya suka. Kan? Mungkin apa yang si remaja anggap sayang tu sebenarnya suka. Buktinya bila dah kapel lepas tu putus, tup-tup dua tiga hari lepas tu elok jek dah ada orang lain. Masa tu mana pegi sayang dulu?
Setiap kali aku baca ayat orang bersayang-sayang ni, aku terfikir diaorang ni penah tak cakap sayang kat mak ayah setiap hari? Kalau tak pernah, siyes aku tersengih jek dengar. Sebab apa guna sayang kat seseorang yang tak halal bagi kita berbanding seseorang yang memang patut kita ungkapkan sayang hari-hari seperti ibu dan ayah?
p/s: Teringat lagu KRU tajuk Jejaka Terhangat di pasaran eh betul ke tajuk tu? ;p