....::: PENGIKUT :::....

16.1.13

Pemuda Masa Dulu VS Pemuda Masa Kini ?


Pemuda pada masa dulu, bahkan pada masa "datuk-nenek" kita, sememangnya seorang pemuda yang sangat-sangat berdikari.Pengalaman telah mematangkan mereka lebih daripada usia. Mereka mengharungi kehidupan yang sukar menuju kejayaan yang gemilang...Sebagai contoh, remaja pada zaman dahulu, seawal tujuh atau lapan tahun telah mula bekerja membantu keluarga. Ada yang menoreh getah, berkebun, mengembala lembu dan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah, mereka lebih berjiwa kental dan "cepat" matang daripada usia.
Pabila disuruh bekerja, mereka mampu berdikari, pabila disuruh berperang, mereka mampu menjadi "panglima", pabila disuruh memimpin mereka mampu menjadi pemimpin umat.Mungkin ada segelintir daripada kita akan berfikiran skeptikal dengan membandingkan dinamika kehidupan yang sama sekali berbeza pada waktu dahulu dan sekarang. Lalu, lihatlah pemuda masa kini, mereka juga tidak kurang hebatnya..
Pemuda masa kini, mungkin sedikit manja dan tiada daya tahan pemikiran yang utuh. Saya mengakuinya, saya juga begitu. Ada yang sanggup menangis demi cinta, ada yang tidak tertahan untuk berdikari berseorangan, ada juga yang menangis tika berjauhan dengan ibu bapa. Tika susah sahaja mereka menelefon ayah dan ibu. Tika senang... buah hati sepanjang masa..Ops ! Bukan pemuda seperti itu yang ingin saya gambarkan ! Tetapi pemuda yang saya ingin gambarkan ini adalah pemuda pencetus revolusi Islam. Ya, pemuda beginilah yang didambakan kemunculannya.
Pemuda pencetus revolusi Islam
Lihatlah kebangkitan Islam di negara-negara Arab. Satu istilah yang sangat sinonim dengan masyarakat dunia masakini"Arab Spring" !Siapakah pencetusnya ? Siapakah pendokongnya ?Tidak lain tidak bukan adalah pemuda. Ya, Pemuda. Pemuda seperti kita!Di Malaysia, pengaruh golongan muda terhadap gelombang kebangkitan Islam tidak dinafikan. Lewat tahun 80an, arus gelombang mahasiswa Islam telah mula dirasai dan semakin dirasai hingga kini.Pemuda-pemuda yang mendapat tarbiyah khusus Ikhwanul muslimin di luar negara khususnya Mesir dan United Kingdom, telah pulang ke Malaysia dan mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat setempat khususnya pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kesannya, masyarakat kembali cenderung kepada Islam. Satu perubahan drastik yang dibuat tidak lebih daripada usaha 20 tahun lamanya. Satu perubahan yang terinspirasi dan diinsipirasikan daripada pemuda kepada pemuda. Dan seterusnya daripada pemuda, kepada masyarakat.Justeru, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt sekalian... Ayuh kita bangkit, bangkit dari kealpaan lalu menuju kejayaan yang gemilang. Gunakan setiap peluang dan ruang pada usia muda ini untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya..Lihat sahajalah Imam Al Ghazali, bagaimana dia memaksimumkan potensi dirninya untuk ilmu, sehingga dia tidak sempat untuk berkahwin.. Lalu, lihat pula, Imam Hassan Al Banna, bagaimana pemikiran mudanya mampu untuk merevolusi pemikiran umat.
Mereka semua tidak perlu menunggu usia tua untuk membentuk keajaiban. Mereka juga tidak perlu umur yang panjang untuk meninggalkan kesan ke dalam sejarah peradaban manusia. Kedua-dua contoh di atas, meninggal dunia, seawal usia 40 an. Usia di mana, kehidupan seorang lelaki itu bermula menurut istilah barat. Tetapi kita orang islam, mari memulakan diri sebagai seorang lelaki pada usia ini.. " MEN's life start at 20′s.. atau lebih muda daripada itu". InsyaAllah
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi "
(Surah al-Baqarah ayat 30)
Semoga kitalah khalifah itu ! Semoga kitalah pemimpin itu ! Dan semoga kitalah si pembebas Al Aqsa itu!Teringat pada satu kata-kata daripada Syeikh Raed Solah yang menghuraikan satu hadis jika yang menerangkan bahawa akan tiba satu zaman , yang menjadi pembebas al Aqsa adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai jambang seperti orang Arab ! Tetapi jambangnya nipis dan sedikit persis orang Melayu di Malaysia ataupun Indonesia!Allahu Allah... Moga-moga kita lah itu

tambah ilmu lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...