....::: PENGIKUT :::....

16.5.13

Kami bukan malaikat, tapi hanya Syaitan yang sudah bertaubat.

Kami dahulunya adalah budak sekolah yang nakal,
Naughty Boy, Bad Boy and macam macam lagi gelaran yang kami terima,

Jahiliyyah menyelubungi kami,
Kami langsung tidak endah pasal Islam, malah kalau ada pun,
Kami ambil untuk kepentingan kami sahaja,

Hidup seronok sendiri tanpa fikir masalah ummat,
Fikir main main main main dan seronok,
Takde benda lain.

Tapi sekarang Alhamdulillah, Nur Hidayah Allah sampai kepada kami,
Betapa zalimnya kami kepada diri sendiri,
Kami bergelumang dalam maksiat tapi Allah tetap selamatkan kami dari terus lemas.

Dan sekarang kami buka buku baru,
kami cuba berhijrah sejauh mungkin dari cengkaman jahiliyyah InshaAllah,
Dan nak kata kan sekarang ni bukanlah kami ni sempurna,
Banyak lagi lubang lubang kekurangan dalam diri kami,
Banyak tunjuk ajar diperlukan dari antum antum semua
Kami masih bertatih, kami masih merangkak dalam dunia dakwah dan tarbiyyah ni,
Kami dah Islam mungkin hanya beberapa tahun/ beberapa bulan/ beberapa hari atau kami masih lagi sepenuhnya Islam.

Kami masih mncari dan akan kekal dalam pencarian sehinggalah kami mati,
Semoga Islam ini kami berpegangnya sehingga akhir hayat kami inshaAllah,
Terima kasih ats semua sokongan antum antum semua untuk kami smpai sejauh ini :'D

Jadi harapnya kami memohon maaf ats segala dosa kami pada masa lampau, atas kejahilan kami yang lalu,
Kami cuba berubah, bantulah, tegurah kami jika kami tersilap langkah.

Kami bukan malaikat, tapi hanya Syaitan yang sudah bertaubat.





jazakallahu khairan khatira~

14.5.13

Pesanan Untuk Pejuang


Pesanan Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad Kepada Ahli PAS:
Ini hanyalah kemenangan tertangguh. Allah tak akan menzalimi kita. Sebaliknya kitalah yang menzalimi diri sendiri. Sudah habis waktu berpantang untuk muhasabah. Mudah-mudahan spesis berikut yang wujud dalam PAS buka mata:

1- Yang ghairah menang sehingga melupakan ulama'.

2- Yang ghairah menang sehingga terlupa suruhan wahyu dan tautan dengan Allah.

3- Yang ghairah menang sehingga lupakan presiden sendiri TGHH, sanjung melangit DSAI.

4- Yang ghairah menang sehingga sanggup dahulukan orang/parti lain berbanding PAS.

5- Yang ghairah menang sehingga berwala' pada PR, khianat setia pada PAS.

6- Yang ghairah menang sehingga mula tergamak mentong-sampahkan asas Islam. Islamist democrat, jangan sebut Islam sangat, tunggu kondusif dll kenyataan-kenyataan syirik yang mula wujud dalam PAS.

7- Yang ghairah menang sehingga terzahir perangai berebut 'ghanimah'.

8- Yang ghairah menang sehingga memperlekeh usaha tarbiyyah.

9- Yang ghairah menang sehingga mencicirkan akhlak.



13.5.13

PRU13: Kekalahan Yang Memenangkan


7 May 2013


Kekalahan yang memenangkan.

Kematian yang menghidupkan.

Kejatuhan yang membangkitkan.

Ya, saya juga geram, kecewa, sedih, resah dan gulana dengan keputusan PRU13 baru-baru ini. Malah, ketika pertama kali mendapat tahu yang Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan baru dengan undian majoriti mudah, entah mengapa, tiba-tiba hilang semangat saya. Terus saya ambil keputusan untuk masuk tidur pada malam keputusan tersebut diumumkan. Haha. 

Bangun pagi, membaca komentar-komentar di MukaBuku, jelaslan bukan saya sahaja yang kechiwa. Begitu ramai orang di luar sana yang tidak senang dan tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13. Tidak kurang juga yang membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan, merasakan PRU13 merupakan pilihan raya yang paling banyak penipuan dan pendustaan. Pilihan raya yang paling banyak jumlah hantu raya berkeliaran! Wahahaha.. 

Dalam situasi sebegini, sememangnya mudah untuk kita menanggapi apa yang berlaku dengan penuh emosi. Semua benda pon salah. Semua benda pon tak kena. Silap haribulan, pergi gerai pesan nasi lemak lauk sambal kerang pon kena tengking dengan makcik jual nasi lemak tu, sebab calon yang diundinya kalah. Peluh kecil. 

Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak anda untuk kita menganalisa keputusan PRU13 secara lebih rasional dan bijaksana. Benarkah kekalahan yang berlaku adalah disebabkan oleh penipuan oleh pihak lawan? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kekalahan? Siapa yang perlu dipersalahkan? Apakah solusi untuk ke hadapan?

Kalahkah PR?

Benarkah kita telah kalah? Melihatkan keputusan PRU13 yang lalu, meskipon Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan pusat, dari segi faktanya, banyak pencapaian dan kejayaan yang telah berjaya dicapai jika hendak dibandingkan dengan PRU12. Jumlah kerusi parlimen meningkat dari 83 kerusi kepada 89 kerusi. Bilangan kerusi-kerusi Dewan Undangan Rakyat juga meningkat di seluruh negara. Yang paling menarik, jumlah undian secara keseluruan terhadap Pakatan Rakyat adalah lebih tinggi berbanding undian yang diterima oleh Barisan Nasional, menjadikan Pakatan Rakyat lebih popular daripada lawannya.

Maka, kalahkah PR..? 

Belum lagi dikira dengan kemenangan ahli-ahli parlimen yang bakal dan akan terus mengubah senario politik tanah air seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Lim Guan Eng dan Ustaz Nasaruddin Tantawi. Walaupon PR juga kehilangan tokoh-tokoh gergasinya dalam PRU13 ini seperti Dr. Dzulkefly Ahmad, Mat Sabu, Chua Jui Meng dan Salahuddin Ayub, jangan lupa BN juga mengalami krisis yang sama; Dato' Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Chong Kong Ha, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dan Datuk Wira Ali Rustam adalah antara nama-nama besar yang gugur dalam PRU baru-baru ini.

Maka kalahkah PR..? 

Sokongan rakyat juga tampak lebih padu kepada PR kali ini. Meski media-media perdana dikuasai oleh BN dan ratusan juta ringgit (Mungkin juga bilionan!) dihabiskan untuk menggerakkan jentera-jentera pilihan raya kali ini, nampaknya sebilangan besar rakyat Malaysia tidak terlalu mudah terpengaruh dengan pendekatan sebegini. Yang paling menarik perhatian saya adalah bagaimana pendekatan MCA yang memburuk-burukkan musuh utamanya, DAP, dalam siaran iklan di akhabr miliknya, the Star, gagal mempengaruhi undi kaum Cina apabila sebahagian besar daripada mereka mengundi DAP. 

Jadi anda beritahu saya; kalahkah PR...? 

Tsunami Cina?

Tidak tahu pula Tsunami boleh melanda negara China. Eh.

Dato' Sri Najib ketika membuat kenyataan akhabr sejurus BN diumumkan sebagai pemenang PRU13, dengan pantas meletakkan faktor 'Tsunami Cina' sebagai punca utama mengapa undian rakyat kepada BN semakin merosot. Kononnya, orang-orang Cina sudah beralih arah kepada PR dan tidak lagi mahu menyokong BN.

Dari satu sudut, ada benarnya pandangan ini. Orang-orang Cina memang sudah tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan, lantas pilihan yang tinggal buat mereka adalah DAP dan rakan-rakan DAP dalam PR. Kerana itu kita melihat calon-calon DAP kebanyakannya bukan setakat menang, malah menang dengan majoriti yang sangat selesa ala-ala duduk di atas sofa dalam bilik berhawa dingin. Oh tidak dilupa air jus oren dan kacang cap Pagoda. 

Namun untuk mengatakan faktor utama kepada merosotnya sokongan rakyat kepada BN adalah disebabkan oleh beralihnya sokongan orang-orang Cina kepada PR semata-mata adalah tidak tepat sama sekali. Keputusan pilihan raya jelas menunjukkan, betapa di kawasan yang majoritinya Melayu, calon PR yang bertanding tetap menang, contohnya di Serdang. Atau Rafizi Ramli di Pandan, yang menang besar (majoriti lebih 20,000 undi) meskipon kawasan itu sebahagian besarnya didiami oleh orang Cina. 

Seperti yang ditegaskan oleh Karim Raslam, seorang penganalisa politik tersohor negara, "Elemen perkauman memang ada, tetapi amat penting juga untuk kita mengakui terdapatnya unsur pembahagian bandar-luar bandar dalam pilihan raya kali ini."

Yang jelas, mereka yang tinggal di bandar dan yang lebih terpelajar menyokong PR di dalam PRU kali ini. Di Sarawak contohnya, buat pertama kalinya PR memenangi lebih daripada 1 kerusi parlimen dan semuanya dimenangi di parlimen yang terletak di kawasan bandar. Kuala Lumpur juga menjadi bukti apabila sebahagian besar kerusi parlimennya dimenangi oleh PR. 

Kalau nak tsunami, ini adalah tsunami rakyat Malaysia dan bukan kaum Cina semata-mata. Jangan nak kerek sangat boleh tak..? 

Politik zaman sekarang tidak lagi macam dahulu. Jangan main dengan api perkauman boleh kan..? [Kredit]

BN menang dengan berdusta?

Tidak dapat dinafikan, terdapat unsur-unsur mencurigakan pada perjalanan PRU13 kali ini. Yang paling sahih adalah dakwat kekal yang tidak kekal, meskipon SPR berkali-kali menegaskan yang dakwat itu pasti akan kekal di hari mengundi yang sebenar nanti, etlis untuk tiga hari. Tipu gila. Kalau benar bagaimana si Bedah yang baharu sahaja mengundi, pulang ke rumah mencuci pinggan mangkuk dan dakwat di jarinya sudah hilang begitu sahaja..? Pppffftt.

Saya mengesyaki, pembekal dan pembuat dakwat kekal kepada SPR adalah pihak yang sama yang membuat biskut cokolat Chipsmore. Sekejap ada, sekejap tiada! Wahahaha. Dakwat tidak kekal. Yang kekal hanya dakwah. Eh. 

Begitu juga dengan beberapa kes penangkapan hantu yang berkeliaran di beberapa kawasan mengundi di sekitar tanah air. Ada hantu yang berasal dari Bangladesh, ada yang dari Myanmar dan ada juga hantu dari Nepal. Meriah gitu! 

Juga kejadian habis karan (Baca: Black-out) di beberapa pusat mengudi yang menyaksikan ninja membuang undi secara tiba-tiba. Sumpah lejen. 

Namun, pada pandangan saya, untuk meletakkan beban kesalahan kepada penipuan (jika benar) yang dilakukan oleh BN semata-mata adalah tidak adil dan tidak profesional. Ya, mungkin benar ada penipuan yang berlaku, tapi takkanlah faktor itu yang menjadi punca utama atau semata kepada kekalahan PR?

Sebagai permulaan, BN memenangi 133 buah kerusi parlimen, jauh meninggalkan PR yang berjaya merebut 89 kerusi. Terdapat perbezaan 44 buah kerusi di situ; bukan suatu jumlah yang kecil. 

Sayugia daripada sibuk menuding jari tak tentu hala, ada baiknya juga para pimpinan PR melihat kelemahan yang ada pada jentera pilihan raya mereka. Contohnya, tiga negeri yang paling banyak menyumbang kerusi kepada BN adalah Sabah, Sarawak dan Johor, Bagaimana sokongan di peringkat akar umbi kepada PR di ketiga-tiga buah negeri itu? Adakah sudah cukup kuat dan memberansangkan?

Pergeseran dan pertelingkahan yang berlaku sehingga ke saat hari mengundi di beberapa kawasan seperti Semenyih dan Kota Damansara sehingga menyebabkan berlakunya pecah undi juga perlu diberikan perhatian seriyes oleh pucuk pimpinan PR. Kajian yang terperinci dan adil juga perlu dilakukan dengan segera bagaimana Kedah boleh jatuh ke tangan BN.

Dan jika dilihat daripada jumlah kerusi yang dimenenangi oleh ketiga-tiga komponen parti dalam PR, PAS paling sedikit sekali yang berjaya memenangi kerusi pada PRU kali ini; suatu kemerosotan besar berbanding PRU12 yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Di mana silapnya PAS? Apakah kelemahan ketara pada PAS sehingga menyebabkan prestasinya merudum begitu sekali..? 

Jangan marah orang PAS. Untuk kebaikan anda dan bersama juga! Lari jauh-jauh.

Ya, memang seronok dan mudah sekali untuk menyalahkan pihak lain, menuding jari dan melepas diri. Namun hal ini tidak akan menguntungkan sesiapa. Ada baiknya PR membuat 'pentaubatan nasional', refleksi diri dan muhasarawak sendiri untuk memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada dan memperkuatkan lagi pakatan yang telah dibina bagi menghadapi PRU 14. 

Redha dengan 'kekalahan' 

Saya merasakan, sudah tiba masanya kita membuka lembaran baru pasca-PRU13 ini. Ya, kezaliman perlu diperangi. Yang benar perlu ditegakkan. Al-Haq mesti terus diperjuangkan.

Tetapi, pernahkah kita bermuhasabah dan berfikir seketika, mengapa Allah mentakdirkan, keputusan PRU13 sedemikian rupa..? Mengapa setelah penat berusaha, bermunajat bagai, solat hajat dan sebagainya, Allah menentukan untuk kita belum lagi memenangi pilihan raya ini..? 

Mudah, kerana Allah tidak mengijinkanNya.

"Tetapi bileh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, walhal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu."
[al-Baqarah, 2:216]

Ya, anda boleh terus berhujah dan berdebat sampai matahari terbenam dan terbit semula, bahawa kekalahan ini berpunca daripada ketidakadilan BN dalam merencana pilihan raya kali ini. Bahawa sekiranya diberi peluang yang adil, padang permainan yang sama rata, pasti PR dapat sekurang-kurangnya menandingi jumlah kerusi yang dimenangi BN, bukan..?

Hakikatnya? Allah tidak megnijinkanNya. Belum lagi. Pahit, tetapi ia perlu ditelan.

Dan boleh jadi kemenangan yang ditunda ini adalah disebabkan oleh kelemahan dan kemaksiatan pada diri kita juga. Kekalahan yang berlaku adalah disebabkan lalai dan alpanya kita dalam memenuhi tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifahNya di muka bumi. Dan boleh jadi, kemenangan yang belum diberi ini adalah kerana kita belum lagi layak dan bersedia untuk menerimanya.

Allah bukan tak mahu beri, tetapi belum lagi. Senyum.

Seperti kisah para tentera di zaman 'Umar al-Khattab yang entah mengapa, tidak dapat memenangi sebuah peperangan, walaupon sudah puas mereka berusaha dan mengatur strategi. Apabila diperiksa dan diteliti, rupa-rupanya ada dalam kalangan mereka yang tidak bersugi dan bersungguh dalam meluruskan saf solat, sehingga menyebabkan Allah menunda kemenangan buat mereka.

Mata terkebil-kebil. Woah, bersugi dan meluruskan saf solat sahaja..?? 

Ya. Kita bagaimana..? Err.. Anda perlukan tisu untuk lap habuk di mata itu..? 

Bukan, saya tidak mengatakan yang bersugi dan tidak meluruskan saf adalah punca kekalahan PR dalam PRU13. Peluh besar. Tapi saya merasakan, sudah tiba masanya untuk kita mencari, sama ada kita sudah 'bersugi' dan 'meluruskan saf' atau belum. Maknanya, ada tak perkara-perkara yang kita abaikan dalam mengejar kemenangan yang nyata? Atau masih adakah jahiliyyah dan maksiat pada diri, yang berkarat tebal yang perlu disental>'

Kata 'Umar al-Khattab, “Perkara yang aku takuti padamu bukanlah musuhmu, tetapi dosa-dosa kamu yang menjadi hijab kepada pertolongan Allah.

Ok mari nanges secara berjemaah.

Apa selepas ini? 

Saya risau melihat perkembangan terbaru pasca-PRU13 apabila sentimen perkauman ditiup kencang oleh pihak-pihak tertentu. Kaum Cina terutamanya, disalahkan dan dituduh sebagai punca utama kepada kekurangan sokongan terhadap BN. Malah akhbar Utusan Sampah pada hari ini (7 Mei 2013) tanpa segan silu tak tahu malu, memuatkan pada muka hadapannya persoalan provokasi berbaur perkauman, "Apa lagi Cina mahu?"

Tersembur. 

Sekiranya beginilah caranya yang mahu dimainkan oleh pihak BN, saya melihat masa depan yang suram lagi mengerikan buat politik tanah air. Ironi bagaimana dalam ucapan kemenangannya, Dato' Sri Najib mengakui bahawa politik berasaskan perkauman tiada tempat di dalam negara ini, walhal Presiden MCA yang sudah tidak kekal lama, Chua Soi Lek menyifatkan pilihan raya kali ini adalah pertembungan antara kaum. Media-media utama di bawah telunjuk BN terus-menerus memainkan isu perkauman. Adoiii! 

Mujurlah Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin tidak menang kali ini. Eh.

Politik berasaskan perkauman tidak lagi relevan di Malaysia, tidak lagi relevan di mana-mana. Ia wajar diperangi dan ditolak sepenuh hati, kerana bukan sahaja ia bertentangan dengan nilai-nila universal manusiawi, malah yang lebih utama daripada itu, ia bertentangan sama sekali dengan risalah nubuwwah yang diperjuangkan Nabi SAW.

Pada masa yang sama, saya teruja, menantikan persidangan parlimen yang akan datang. Ahli-ahli parlimen BN sudah semakin tidak selesa dengan berkurangnya rakan-rakan mereka di parlimen. Harapnya mereka lebih seriyes dan telus dalam mentadbir negara, dengan adanya pasukan pembangkang yang lebih dominan kali ini. Saya juga tidak sabar mahu menyaksikan dinamika pasukan pembangkang, yang terdiri daripada ahli-ahli berhormat seperti Ustaz Nasaruddin Tantawi, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Gobind Deo dan Lim Guan Eng. Moga rakyat akan lebih mendapat manfaat daripada perkembangan terbaru ini. 

Ternanti-nanti juga BN untuk memenuhi segala tok nenek manifesto yang telah digula-gulakan mereka. Dengan jumlah hutang negara yang semakin meningkat, mampu ke bang nak penuhi semua manifesto tu..? 

Juga, sebagai dai'e yang inshaAllah akan meneruskan kerja-kerja pentarbiyahan dan berdakwah, tugas-tugas membina manusia pastinya akan tetap berjalan, malah semakin rancak lagi biidznillah. Apa yang pasti, masyarakat di luar sana masih jauh daripada Islam. Keputusan pilihan raya ini jelas menunjukkan bagaimana ramainya orang Melayu Muslim yang termakan dengan gula-gula dan pujuk rayu BN dalam memancing undi. Ah, betapa murahnya kita!

Maka tugas-tugas membina jiwa-jiwa yang masih haus dan lapar dengan sentuhan rabbani ini akan menjadi lebih getir dan penting lagi, sementelah cabaran yang menanti semakin kompleks dan mengalirkan peluh besar. Semakin kuat dan laju musuh bekerja, maka semakin kuat dan laju jugalah para tentera Allah perlu bekerja. Malah lebih laju dan kuat lagi! 

Arakian bulatan-bulatan yang menggembirakan, konferesn-konferens yang meriangkan dan perhimpunan-perhimpunan yang menggirangkan mesti terus dirancakan lagi. Di pertemuan-pertemuan inilah kita membumi dan mengakarumbikan fikrah, agar kita lebih kuat dan bersedia di masa hadapan. Tidak perlulah terhegeh-hegeh di saat-saat akhir mahu mencari sukarelawan untuk pergi mencula, berkempen, meraih undi dan menjadi PACA heyy..!

Pandang kiri, pandang kanan. 

Kesedaran itu bermula daripada bawah, inshaAllah. Saya mengimaninya dengan sepenuh hati; maka saya perlu bekerja dengan lebih kuat dan gigih lagi bagi menyentuh dan membina lebih banyak jiwa-jiwa manusia di luar sana. Sifirnya mudah; lebih ramai yang menyedari dan menghargai keindahan Islam, maka lebih ramai juga yang akan bersetuju dan memilih pemerintahan berasaskan Islam. Hoyeah.

Mungkin kekalahan kali ini untuk memberi kita lebih masa untuk mempersiapkan diri, untuk menggapai kemenangan yang besar suatu hari nantiMungkin bukan pada PRU14. Mungkin bukan PRU15. Mungkin bukan juga PRU16. Tetapi suatu hari nanti, apabila kita sudah bersedia, apabila kita sudah benar-benar layak memegang amanah ini, ketahuilah, tiada sebab untuk Allah menundakannya lagi.

Apatah lagi sebagai seorang marhaen yang mendambakan sorgaNya yang abadi, apalah erti kekalahan di dunia ini, andai yang kita kejar adalah kemenangan hakiki di sana nanti? Apalah sangat kekalahan yang sekejap ini, jika mahu dibandingkan dengan kejayaan yang agung lagi berkekalan di sorga nanti..? 

Bunga-bunga dafodil berterbangan riang.


Ini masanya untuk kita mengukuhkan saf-saf kita! Ayuh! [Kredit]

Ya, kita mungkin 'kalah' kali ini. Tapi saya amat yakin, ia adalah sebuah kekalahan yang memenangkan, kerana betapa banyak ibrah dan hikmah yang telah kita kutip daripada apa yang berlaku.

Ia mungkin sebuah kematian, tetapi percayalah, ia sebuah kematian yang menghidupkan. Liahatlah di luar sana! Berapa ramai kini jiwa-jiwa yang tersedar, yang bukan setakat tmenyokong, malah mendokong dan menggerakkan perjuangan untuk menegakkan Islam..?

Dan ia mungkin sebuah kejatuhan, tetapi ketahuilah, jatuhnya kita pada kali ini, hanya untuk menyaksikan kita bangkit semula dengan penuh kekuatan, kesegaran dan keyakinan yang baru. 

"Bilakah datangnya pertolongan Allah..? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat!"
[al-Baqarah, 2:214]

Kalau bukan ini kali, lain kali masih ada, inshaAllah! 

Ah. Mata bersinar-sinar.

Yang lebih utama, saya amat bersyukur kerana Ustaz Azhar Idrus masih dapat terus berceramah di negeri Selangor.

Eh?

Jika diikutkan hati, mahu ditulis lebih panjang lagi. Namun cukuplah setakat ini. Penulisan berkisarkan politik memang tidak akan habis dan puas, walau sampai esok pagi habis bercawan-cawan kopi.

Analisa saya mungkin tidak benar-benar komprehensif. Tapi saya kira, ia cukup mewakili apa yang bermain di kepala saya. Oh ya, anda berhak untuk tidak bersetuju. Malaysia sebuah negara demokrasi bukan..? Senyum.

Ah terasa seperti mahu menjadi penganalisa politik sepenuh masa pula! Wahai! 

Teman, Hargailah Hadiah Ini


hadiah

Sinar mentari memancarkan sinarnya tepat masuk ke bilik itu. Matahari sudah menampakkan wajahnya. Burung-burung bebas berterbangan, berkicauan hebatnya. Selamat pagi semua. Alhamdulillah! Akhirnya, masih bernyawa lagi. Alhamdulillah, nikmat untuk melihat dunia masih Allah beri lagi. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Dan Aku masih sendirian, sedang kawan-kawan sudah tiba dengan selamat di Bumi Kulliah.
Aha, hari ini apa yang perlu dilakukan? Mula berkira-kira aktiviti yang ingin dilakukan. 13 May? Mata melihat kalendar di dinding.
Eh, hari ini? Tarikh lahir teman baik. Teman dari zaman sekolah lagi. Dalam fikiran mula terfikir apakah hadiah yang ingin diberikan kepadanya nanti.
Seusai habis bersarapan pagi tadi, kaki aku bergegas melangkah laju. Geram! Mengapa tidak teringat membeli hadiah untuk teman aku sewaktu keluar makan tengah hari tadi? Ini, sudah terlewat. Sempatkah untuknya keluar mencari hadiah?
Langkahan kaki masih teratur tapi semakin laju. Oh, mudah-mudahan sempatlah.
Alhamdulillah, perkataan pertama mucul di bibirnya.
Phewww~ Akhirnya, sempat juga. Nasib la kedai ini tidak tutup lagi. Senyuman di bibir aku mula kelihatan. Selamat Hari Lahir teman. Moga kau suka akan hadiah ini. Itu harapannya!

Hari ini adalah hadiah!

Aha, dah bangun tidur ? Biasa je kan. Tidur malam tadi, bangun tidur pagi ini. Biasa je. Hari-hari akan ulang perkara yang sama. Bangun tidur. Mandi. Solat subuh. Sarapan. Pergi mengajar Kafa. Solat Zohor. Balik kerja. Solat Asar. Rehat. Solat Maghrib dan Isya’. Tidur. Itu saja benda yang akan diulang. Tapi bangun pagi kadang - kadang terlewat kerana bermain futsal hingga lewat malam.
Mungkin akan ditambah aktiviti lain jika ada kerja tambahan. Yang lain-lain, rasanya sama saja. Kalau beza pun, jumpa orang yang berbeza. Topik yang berbeza kalau dibincangkan. Makan nasi lauk beza-beza.
Namun, sedar tak kawan-kawan? Sedar tak yang hari ini adalah hari yang baru. Hari yang indah & hari yang layak untuk kita menikmatinya dengan baik. Sebagai hamba-Nya, yang destinasi hidupnya menuju Allah, mengharapkan redha dan cinta-Nya, sudah pasti menganggap hari ini adalah hadiah.
Nak tau sebabnya? Sebabnya, Allah dah kurniakan hari yang indah dan sebagai tanda rahmatNya buat hambaNya.
Setiap hari Allah izinkan untuk kita melihat dunia. Tidakkah ianya satu hadiah? Benar, kerana saban waktu pasti ada saja kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedar. Namun, dengan kasih sayang dan rahmatNya, Allah masih membangunkan kita di pagi hari.
Untuk apa? Untuk kita hargai nikmat ini dan bersyukur dengan segala pemberian dariNya. Aha, siapa agaknya yang benar-benar menghargai hari-harinya?

Apa kaitan hari dengan hadiah kepada teman tadi?

Aha, persoalan ini  akan di rungkaikan. Cuba kawan-kawan jawab dulu persoalan ini. Suka tak kalau hadiah yang kita bagi pada kawan kita dibuang begitu sahaja? Ermmm…pasti jawapannya TIDAK bukan?
Iyela, siapalah yang suka. Penat-penat kita fikirkan hadiah apa nak bagi pada dia. Penat-penat kita keluar masuk kedai nak cari hadiah apa yang sesuai untuk dia. Last-last, senang-senang je dia nak buang.
Pheww~ Panas je hati kita kan. Bukan nak hargai pemberian orang. Dibuang lagi adalah.
Aha, nampak tak? Itu kita. Kita akan marah kalau kawan buang hadiah yang kita bagi. Lagi panas hati, kalau hadiah tu dibuang depan mata kita. Mahu dimarahnya balik bukan?
Haii, tapi itulah kita. Lumrah seorang manusia. Namun, kita kadangkala tidak pun sedar yang kita pun sedang membuang pemberian dari Allah. Iye, hadiah dari Allah. Kita buang macam tu je. Itu kita tak sedar.
Allah dah beri pada kita hari yang baru untuk kita tebus kesalahan yang kita lakukan semalam. Tapi, hari ini apa yang kita buat? Buang masa, buat masalah… Semua kita buat. Sebenarnya, kita pun sama je dengan sikap sahabat kita tadi.
Kita telah membuang hadiah yang Allah bagi tanpa kita menghargai secebis pun. Subhanallah! Terpana rasanya. Banyak sungguh kesalahan yang dilakukan tapi tidak langsung menghargai hari-hari yang Allah dah bagi ini. Malu pula rasa terhadap diri sendiri!
Jom kawan-kawan. Jom. Jom kita hargai hadiah ini. Hadiah HARI INI. Sebab, mukmin yang baik adalah orang yang selalu menghargai apa yang Allah beri padanya.
Jom, kita jadikan hari ini satu peluang untuk lebih banyak melakukan kebaikan. Senyum pada orang. Bantu orang lain. Dan banyak lagi kebaikan yang boleh kita buat. Jangan lagi kita bazirkan masa dan hari ini.

Sebab, HARI INI adalah hadiah!! Jom hargai hadiah dari Allah ini! Syukur Allah. Terima kasih atas segalanya!

Pemuda Islam yang dijanjikan


Sesungguhnya umat islam ini memiliki roh.Roh itu adalah Islam.Islamlah yang menghidupkan umat ini daripada kematian,menyatukannya daripada perpecahan,memecahkan belenggu kejahilan dan menjadikannya umat yang terbaik dalam kalangan seluruh umat manusia.


Islam pasti akan menakluk takhta kemenangan.Setiap kemenangan sudah tentu mempunyai syarat-syarat dan kriteria yang melayakkannya merangkul piala kemengan.

Antara syarat-syarat kemenangan:
1-Meyakini bahawa kemenangan itu datangnya daripada Allah.(3:160,8:9-11,2:249,9:40)
2-Membantu agama Allah.(47:7,22:41,30:47,37:173)
3-Menjadi mukmin yang sebenar benar mukmin.(8:12,62-63)(33:6,9)(9:26)



Generasi kemenangan yang dijanjikan Allah adalah generasi yang memahami Islam dengan pemahaman yang sohih dan sempurna.Tidak dicemari oleh klorin-klorin kejumudan,taqlid dan taksub melampau terhadap mazhab.Mereka juga memiliki ciri-ciri 'pengganti yang adil' (khalifah) yang akan memikul warisan kenabian bukan seperti seekor keldai yang memikul kitab-kitab besar sedang ia sendiri tidak tahu apa yang dipikulnya.(62:5)

Mereka juga mengambil dunia sebagai 'jalan' dan bukan sebagai 'matlamat'.Sesungguhnya himmah (prioriti) mereka adalah akhirat dan tujuan mereka adalah mardhotillah.Kalbu-kalbu mereka bersinar dengan cahaya tauhid.Mereka tidak mencari Tuhan selain Allah,tidak menjadikan selain Allah sebagai rujukan hukum dan tidak mengambil selain Allah sebagai pemerintah.

Generasi yang dijanjikan ini juga enggan tunduk kepada barat dan timur.Cahaya mereka adalah diambil daripada pohon yang penuh barakah(24:35).Mereka tidak bekerja demi kepentingan mana-mana individu,kasta,parti ataupun sistem.Gerak kerja mereka adalah untuk Islam.Demi Islam.Mereka datang daripada umat Islam dan untuk umat Islam.Mereka tidak bermegah melainkan dengan dengan iman.Mereka tidak juga berbangga melainkan dengan Islam.

-Agama mereka terlalu agung buat mereka sehinggakan dunia menjadi remeh dalam mengharungi jalan agama.
-Aqidah mereka terlampau mahal harganya bagi mereka,lantas menjadi murahlah jiwa dan harta benda mereka.
-Sesiapa yang mengetahui nilai barang yang dicari,nescaya menjadi remehlah segala benda yang dikorbankannya.
-Allah taala membeli daripada mereka dan mereka pun menjualnya.Apabila sempurna pemindahan milik antara mereka an Tuhan mereka,tidaklah mereka menyesal dan ingin membatalkan jual beli itu.
-Mereka berkorban untukNya padahal semuanya adalah milikNya.
-Allah taala membeli harta mereka sedangkan Dialah yang memberikan rezeki.
-Allah juga membeli daripada mereka nyawa,yang Dia sendiri ciptakannya.(9:111)


Mereka juga ialah generasi yang kuat dan mulia.Mereka membezakan perkara usul dan furu'.Mereka di dalm usul bak besi yang keras manakala dalam perkara furu' ibarat sutera yang lembut.Mereka turut membezakan antara martabat sesuatu amalan dan hukumnya.Setiap amalan ada martabatnya.Setiap martabat ada hukumnya.Maka,fardhu berlaina dengan sunat,haram berbeza dengan makruh,dosa besar tak sama dengan dosa kecil,perkara yang disepakati lain dengan perkara yang khilaf,perkara yang tsabit dengan dalil qot'ie berbeza dengan perkara yang tsabit dengan dalil dzonni.Pendirian mereka bukanlah berlagak alim dan tidak pula mendakwa alim.Mereka merujuk kepada ahli dan pakarnya.(35:14)(25,59)(16:43)(21:7).

Terakhirnya,mereka adalah golongan yang acap kali bertaubat kepada Allah.Menjaga diri daripada melakukan maksiat lebih diutamakan oleh mereka berbanding menjaga diri daripada musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka.Mereka lebih khuatir berlakunya maksiat di dalam hati berbanding maksiat anggota tubuh badan.

Dan mereka inilah generasi yang ditunggu-tunggu.Inilah generasi yang 'disimpan' oleh Allah untuk membawa roh Abu Bakar As-siddiq menentang golongan murtad(5:54).Generasi inilah generasi kemenagan dan dalam generasi inilah akan tertegaknya panji Allah di muka bumi seterusnya megahlah agama Al-Kholiq di dunia makhluk ini.

Pada hari ini seruan ini ditujukan kepada seluruh anak-anak muda muslim agar mereka melepasi peringkat virus al-wahnu dan lemah laksana buih-buih di lautan.Seterusnya menyertai gerombolan generasi rabbani yang ditunggu-tunggu.

Rujukan :
1-Yusuf Al-Qaradhawi, Pemuda Islam yang dijanjikan, Jundi Resources, Batu Caves Selangor, 2011.
2-Al-Quran

P/S : Satu persoalan yang ingin dicetuskan di sini,
-Adakah benar umat Islam kini sudah jauh daripada ajaran Islam dan sejauh manakah komplikasinya kepada Islam itu sendiri?

YAKINILAH KEMENANGAN YANG DIJANJIKAN ALLAH





Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatulah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. 

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di  negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya. Namun, parti  terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.

"Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.”

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumarah dan sunnatullah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya di awal pagi.

Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri,  kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sangat sedih. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada dipuncaknya.

Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.

Suatu hari, bilamana seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w: "Siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya?"

Lalu baginda menjawab : "Yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi-nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti  dibelakangnya (tabieen)."

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tertib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.

Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.

Majlis syura ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz, dan timbalannya Dato Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.

Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.

Manakala Muktamar Agong adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.

Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agong dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.



PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi. 
Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai rahmatul lil alamin. 

Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar 'cover' sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna  langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruangtamu itu.

Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah rahmatul lil alamin telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.

Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk  mencabut kemuncup yang lekat diseluar atau stokin; teruskan permainan sehingga selesai. Jangan leka mencabut kemuncut sehingga gol terlopong tanpa penjaga.


Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi 'team player' dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur. Dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembusi gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.

Salam perjuangan.

AKU DAN PERASAAN


Perasaan hati
Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telifon berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi permasalahannya dengan demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan digunakan untuk lain keperluan. 
Ketika yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untukberkongsi rasa.  Bukankah Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik segala ujian duka buat kita.  Bukan teman yang mereka puja-puja itu yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.
Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentangkekacakan atau kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa. 
Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang mereka punya.    Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya? Seorang suami/isteriatau pun seorang kekasih yang hanya mahu dipamer kepada semua?
Ketika mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama.  Kau sebenarnya lupa tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya.  Yang bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang terpilih untuk memiliki.
 Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba.  Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.

tambah ilmu lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...