....::: PENGIKUT :::....

30.3.11

Remaja Sekarang Mudah Sangat Ungkapkan Sayang



Mesti pelik kan kenapa aku asyik cerita pasal isu-isu remaja. Kenapa tak isu-isu pasal warga emas ke pasal nelayan ke. Haha. Sebab utama ialah sebab aku sendiri seorang remaja. ;p


Ok berbalik kepada topik.




Korang setuju tak dengan statement aku tu? Tak setuju? Sebab sifat berkasih sayang tu fitrah manusia? Sebab hari ni hari berkasih sayang sedunia? Ke sebab apa korang tak setuju?



Aku pelik bila orang baru kenal sebulan dah cakap sayang. Baru jumpa sekali dah cakap itulah cinta hati. Baru kapel beberapa bulan dah kata macam-macam. Haishh itulah realiti kebanyakan remaja sekarang.

Teringat orang yang pernah cakap kat aku, sayang dan suka tu dua perkara yang berbeza. Suka tak semestinya sayang tapi sayang semestinya suka. Kan? Mungkin apa yang si remaja anggap sayang tu sebenarnya suka. Buktinya bila dah kapel lepas tu putus, tup-tup dua tiga hari lepas tu elok jek dah ada orang lain. Masa tu mana pegi sayang dulu?



Setiap kali aku baca ayat orang bersayang-sayang ni, aku terfikir diaorang ni penah tak cakap sayang kat mak ayah setiap hari? Kalau tak pernah, siyes aku tersengih jek dengar. Sebab apa guna sayang kat seseorang yang tak halal bagi kita berbanding seseorang yang memang patut kita ungkapkan sayang hari-hari seperti ibu dan ayah?




p/s: Teringat lagu KRU tajuk Jejaka Terhangat di pasaran eh betul ke tajuk tu? ;p

tambah ilmu lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...