HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam - Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
Esok - Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semuga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari
yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang
disedut adalah pemberian Allah secara percuma
dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin
itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal didalam neraka.
Kekal didalam syurga