....::: PENGIKUT :::....

8.1.12

Tuhan Mengapa mesti aku !







Disaat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?
Disaat aku lihat ramai manusia yang layak menjadi pemimpin,
Mengapa kau pilih aku memikul amanah ini ?
Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jatidirinya,
Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?
Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,
Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?
Dikala aku merasa kepingin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,
Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?
Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?
Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?
Mengapa aku?
Aku banyak dosa...
Aku banyak maksiat...
Aku banyak ingkar...
Aku bukan orang yang layak!
Tapi mengapa aku dipilih?
Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?
Seingatku... aku tak pernah pun meminta...
Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?
Ah... aku bukannya alim. aku bukannya baik.
Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak ujub!
Tapi Tuhan... mengapa masih aku yang Kau pilih?
Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!
Tapi Tuhan... aku tak kuat!
Aku lemah...
Dikala ujian dariMu datang...
Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.
Aku malu Allah...
Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.
Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu...
Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku...
Tuhan, jawablah... mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?
Tuhan..
aku tak pandai bermadah... juga tidak bijak menyusun kata...
Tapi ketahuilah...
Aku merayu...
Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma...
Agar diriku, bisa mencintaiMu.
Terima kasih Tuhan...
kerana memilih aku...
Terima kasih Ya Rabbi.
Dan kini... Hanya diriMu matlamatku.
Sekarang dan selamanya...

Indahnya Jika Diriku Seorang Mus'ab




Benarkah aku mencintai kehidupan akhirat lebih daripada dunia?

Aku tidak yakin aku berkata suatu yang benar kerana aku tidak memiliki peribadi Mus'ab Bin Umair. Mus'ab, lelaki tampan. Wajahnya bersinar cemerlang. Tidak seperti wajahku yang pudar,bersama topok-tompok cela. Mus'ab tidak pun sibuk memikirkan tentang gadis sunti yang mencuri pandang wajah indahnya. Sedang dirinya juga tidak sekali mendambakan pujian dan penghargaan dari peminat-peminatnya.

Mus'ab lelaki gagah. Badannya tidak terbina kerana cukupnya makanan, tetapi kerana cukupnya ibadah. Aku pula, sudahlah tidak tegap,
tetapi isi daging ini jua terbina hasil makanan-makanan lazatku setiap hari. Mudahnya aku, tidak kenal erti lapar. Hanya tinggal satu bulan berpuasa,
dan hanya itu sahaja masa untuk aku ingat derita manusia seperti Mus'ab yang berlapar kerana mencari kemulian dari Allah.
Mus'ab... Ah, lelaki itu dahulunya segak. Pakainnya cantik-cantik. Indah belaka.

Tetapi dia sanggup meninggalkan sarung kemegahan dan lagak, kerana mahu menyarung bebenang kehambaan. Ternyata diriku berganda lebih bergaya. Baju sahaja, sudah berjenis-jenis. Seluar pula, berbagai corak.

Tidak lagi ku kira eksesori yang ada, untuk aku laburkan wang aku pada mereka yang akhirnya akan berkarat, bersama karatnya iman aku. Mus'ab Bin Umair punya mulut, dan aku juga punya mulut. Mungkin kelebaran, ketebalan dan warna bibir kami berbeza-beza. Bahkan, susunan gigi kami juga akan ada bezanya. Tetapi daripada itu, air liurnya silih kering dan membasah kerana mahu seluruh penduduk bumi Madinah ketahuan tentang agama islam. Hela nafasnya keluar bersama haruman-haruman keindahan iman yang membujuk segar.

Tetapi aku? Bagaimana aku? Aku memiliki kurang lebih dua berus gigi yang aku tertukar, dijaga bahagian mulutku daripada ancaman kuman yang seni dan nafas berbau. Dan syukur, teknologi membantu aku memiliki susunan gigi yang cantik dan selesa tetapi tidak ia berjaya membantu aku mencontohi Mus'ab.Diriku bercakap soal islam? Jarang benar dengarnya. Malu dan segan, silih berganti setiap kali. Mungkinkah aku tidak berbangga dengan islam, seperti mana Mus'ab pernah berbangga dengannya?
Susuk tubuh Mus'ab pernah berdarah menerima tujahan demi tujahan dari puak musuh. Dirinya rela menahan perit dirantai derita kerana Allah dan Rasul tercinta. Bersama itu, jasadnya layu di makam Uhud. Darahnya dibiar tanpa dikeringkan dan ditanamkan ia dalam liang yang sama dengan jasad teman-teman jannah. Nanti, dia tidak akan runsing kerana tanpa perlu mulutnya bercakap, darahnya sahaja sudah cukup menjadi bukti di mana dia seorang pejuang agama. Aku pula? Mus'ab... maafkan aku. Aku tidak seperti kamu.

Jasadku yang segar dengan makanan yang cukup, hiburan yang asyik dan rehatyang enak, tidak sedikit pun ia berguna pada agamaku. Aku takut disakiti kerna berjuang. Aku takut dizalimi kerana menegakkan kebenaran.
Aku juga takut berlapar, sekiranya aku keluar daripada enaknya dunia ini. Mus'ab... Aku teringat, ibumu pernah merajuk dengan kamu. Kata ibu, dia tidak mahu makan selagi kamu tidak keluar dari agama kamu. Pucat lesu wajah ibumu, tetapi tidak pada wajah imanmu. Kamu memilih Allah dan Rasul berbanding kecintaan kamu, buah hati kamu, dan ratu hidupmu. Aku tidak seperti kamu Mus'ab... Ibuku seorang muslim dan dia sering pula mengajar dan menyuruh aku patuh pada Allah.

Dan ternyata, aku dengan kamu berbeza Mus'ab.

Aku ingkar pada suruhan ibuku dalam soal ketaatan tetapi kamu pula ingkar pada ibumu dalam soal akidah. Dan buat kali yang aku sendiri tidak pasti jumlahnya,
kau jauh meninggalkan aku... Oh Mus'ab... izinkan air mataku tumpah kerana kamu walau aku tahu, kamu pasti tidak suka aku begini.
Aku terbayang saat Rasulullah S.A.W bercucuran air mata kala mahu mengkafankan jasadmu kerana kain yang satu-satunya milikmu tidak mampu menutup keseluruhan tubuhmu. Ditutup kepala, terbukalah kaki. Ditutup bahagian kaki, teserlahlah bahagian kepalamu. Dan akhir, dirimu dikafankan dengan kain itu menutup kepalamu dan reranting dan dedaun kayu melindungi kakimu.
Aku? Aku tidak tahu bagaimana nanti Mus'ab... mungkin aku akan mati dengan diriku memiliki aset yang berjuta harganya. Seboleh-bolehnya, biar saja harta yang pernah aku miliki dibawa bersama ke lembah kematianku.

Mungkinkah ia mampu menjadi teman untukku melalui mimpi ngeriku nanti?

Aku terkenang remajamu Mus'ab.
Aku juga remaja, dan mungkin di usia ini, aku masih lagi remaja.
Tetapi banyak benar beza antara aku dengan kamu.
Hebatnya kamu, hingga Madinah menjadi bercahaya mendengar kalimah Toyyibah yang diseru olehmu, di saat Rasulullah masih bertahan dan bersiap
untuk penghijrahan suci. Aduhai Mus'ab... Ketahuilah kekaguman dirku padamu... Kau memilih akhirat... tapi aku lebih cenderung pada dunia. Kau memilih dakwah... sedang aku mirip perosak dakwah. Kau memilih untuk syahid... sedang aku masih terketar-ketar menahan gejolak nafsu diriku sendiri. Jauh benar jurang kita Mus'ab... dan buat kesekalian kalinya, izinkan aku mencontohi kamu, wahai Pemuda Dakwah!
Dan ya! Indahnya jika diriku seorang mus'ab...

Kerana Aku Sayang Kamu !



Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!


Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..

Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu,
SAHABATKU !

Solidarity in Islam







Solidarity in Islam 

Is a must for everyone 
From the north to the south 
East to the west 


 Let us all quest for the best 






Kamilah hamba-Mu ya Allah 

Yang mencari petunjuk 
Al-Quran menjadi ikutan 
Hadis itu panduan. 
Bagi mereka yang percaya 
Pada Tuhan yang Esa 
Syurga ganjaran istimewa 
Untuk para syuhada 
Bersamalah kita juangkan 
Pertahankan agama Allah




Janganlah gentar usahlah resah 

Syurga mahligai nan indah 
Tanamkan tekad di hati 
Berjuang tanpa henti 
Tawakallah pada Ilahi 
Itu penawar diri.





7.1.12

Berhati-hati dgn agama

Berhati-hatilah ketika bercakap pasal hukum agama... sekiranya tidak tahu maka sebaiknya katakan tidak tahu ataupun diam sahaja dan bertanya kepada yang lebih 'arif.. Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya.


Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)




6.1.12

setelah lama berdiammmmm !

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

terima kasih pada kakakku kerana telah mengajar blog terbaru,

---->minta ajar la kalau ada yg reti pasal blog

---->semoga dngn adanya blog nie dpt memberi manfaat kepada kita bersama














tambah ilmu lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...