....::: PENGIKUT :::....

12.11.09

KE MARILAH SAYANGKU..MENUJU TUHAN.

Aku paksa mood datang.
Jadi biar aku tulis pendek-pendek tapi panjang.

Perempuan sundal.
Perempuan telanjang.
Perempuan jalang.
Perempuan kangkang.
Perempuan rengek.
Perempuan jual badan.
Perempuan buang anak.


Semua perempuan.
Perempuan adalah syurga.
Perempuan adalah neraka.
Perempuan adakala menyusahkan.
Perempuan adakala menyenangkan.


Kita-kita?
Pandang jelek.
iskk perangai jahanam, minta jauhlah keturunan aku
Jeling hina
eeeee dasar sundal!!dasar jalang!!”
Sengih mencebik
bontot macam haram!”


Bangsat punya aliran akal.
Jahanam punya perikemanusiaan.
Celaka punya mulut hangsuang.


Mana tok-tok guru?
Mana orang-orang mengaku pejuang agama?
Mana orang-orang kopiah?
Mana si alim ulama?
Mana si pemimpin?


Durjana kau membiar ini semua.
Kau sibuk atur dadu kehidupan kau.
Kau mahu selamat sendiri.
Kau mahu syurga sendiri.
Mulut kau berbuih cakap
“ISLAM ITU AGAMA KEADILAN”!!
Kempen ceramah kau lantang
“ISLAM ITU AGAMA PERSAUDARAAN”



!!Puihhh!!
Kau berdusta.
Kau bercakap pasal agama dengan orang-orang agama juga.
Habis,
perempuan-perempuan ini?
Pernah kau bisik harapan ditelinga?
Pernah kau pujuk penuh cinta?
Pernah kau selidik latar belakang sejarah?
Pernah kau turun padang tengok apa perbuatnya?



Ada.
Tapi sedikit sekali jumlahnya.
Patutnya orang beragama nikahi perempuan ini.
Untuk selamatkan jiwanya.
Untuk sempurnakan akidahnya.



Tapi kau meludah dalam hati.
SIAPA MAHU PEREMPUAN JIJIK”!!!
Sebab itu dangkalnya kau!
Beragama bukan sebab Tuhan!
Beragama sebab kepentingan sendiri!
Siapa yang tega mengorbankan masa depan baka...
dengan mengambil perempuan HINA ini sebagai isteri?


Itu hikmah kenapa Tuhan benarkan lelaki kahwin empat.
Bukan sebab nafsu kau tinggi,
tapi sebab AGAMA!sebab TUHAN!


Islam tunggang langgang.
Sebab sana sini tempang.
Tiada yang seimbang.
Hilang arah simpang.


Aku cakap.
Titik seimbang perjuangan agama.
Jalang vs soleh.
Solehah vs jalang.
Kau memberi ajaran,
dan dia menerima pelajaran.
Itu konsep BERAGAMA SEBAB TUHAN.



Aneh kan?
tapi itu saja jalan.
Kau sanggup?
pastinya tidak.
aku juga.

tapi kalau dipikul bersama tiada wujud masalah.
Buduh.
Memekak pasal agama tiap hari.
Tapi disuruh berjuang semua lari.



Kononnya takut mengadai diri.
Manusia zaman ini memang bertingkah CELAKA!
Dirinya saja mahu bahagia.
Orang lain?
ahh peduli kau,
kubur masing-masing.
KEPALA HOTAK!!
Kau lupa kot.
di bahu kau bergalas tanggungjawab MENJAGA perempuan-perempuan ini?


HEH.
itulah sibuk bercakap saja.
konon nampak hebat.
nampak mulia.
Padahal hati BUSUK!!


KAH KAH KAH emosi, emosi.-----



Si pemerintah sewel menjaja berita pasal dunia hari-hari.
Disorongnya papan-papan media untuk lampir khidmat demi rakyat.
Wakakakakah!!
macam bedebah!!
Orang mahu ISLAM!!
orang mahu TUHAN!!
Kami sanggup beli kalau kau jual ISLAM DAN TUHAN!!



Tapi apa?
Kau perdagangkan kemajuan yang menyesak kemunduran jiwa.

Mencabut kemerdekaan hati manusia.
Dasar sistem macam firaun!
Undang-undang pelindung kemungkaran.
Baiklah.

emosi lagi.


Aku kasihan sama takdir perempuan sekarang.
Aku kasihan sama nasib si pendosa sekarang.
Sudahlah hina,
dihinakan lagi.
Mereka bukan mahu begitu.
Mereka juga mahu hidupnya macam kita.




Tapi sejarah manusia bukan semuanya sama.
Ranjau-ranjau juga beza.
Satu cara untuk mensama ratakan ini.
Adalah penghubung tali ikatan Tuhan.


Tapi kau ingkar juga.
kau bilang ini.
kau alasan ini.



Jangan silap menletak keutamaan jihad.
Sebelum kau berpijak ditanah palestina.
Baik kau jengah kepala tengok bangsa kita.
Rakyat palestina mati dengan membawa jiwa-jiwa selamat.
Kita?

mati dengan aman tapi menjinjing hati-hati hitam.
Mana kau mahu wahai pejuang-pejuang ALLAH?
Aku menangis mengenang ini.
Aku sampai lupa tentang diri sendiri gara-gara terlalu meratapi,
merintih sama Tuhan apalah nasib orang-orang kita?
bangsa-bangsa kita?


YA ALLAH,
Sampai bila?
si pendosa.
Wahai sipenjalang.
Ke marilah berdamping denganku sayang…
Kalau mereka memandang keji kepadamu..
Aku akan datang merawat luka-lukamu..
Dengan api-api cintaku demi Tuhan…
Akan aku ceritakan betapa besarnya pengampunan Tuhan ini ke telingamu..
Akan aku perihalkan kepadamu ganjaran taubat bekas pendosa..
Akan aku menangis semahunya bercakap pasal kebangkitan masyar..
Akan aku meraung betapa neraka Tuhan itu bak singa tidak bertuan..
Yang rakus menjilat engkau…


Kepada si pendosa..
Kepada dipenjalang
Kalau mereka tidak peduli akan dirimu..
Ke marilah engkau bersama denganku…
Akan aku hiburkan laramu dengan nyanyian cinta menuju Tuhan..
aku bedah titik-titik gelap dalam hatimu..
Akan aku hanyunkan buaian kasih sayang kepadamu..
Akan aku khabarkan salam Tuhan kepadamu…



Bangkitlah sayang-sayangku!
Tuhan tidak pernah mencerca perbuatan
BODOHmu..
Malahan Tuhan sentiasa senyum menghulur kasih-NYA kepadamu..
Saban waktu,
seulang kali pun kau melakukan itu..
Tuhan tetap bermanis wajah denganmu…
Ke marilah sayangku…
Aku sudi gadaikan kepentinganku asal kau sanggup bersamaku..
Menahkoda kapal-kapal perjuangan ini menuju ke singgahsana Tuhan..


Ke marilah sayangku..
Naiklah atas kapal burukku..
Meskipun kelihatan tidak sempurna tetap kukuh buatmu…
Ke marilah sayangku..
Hapuslah airmatamu…
Jangan engkau bersedih sebab manusia-manusia HANJING ini..
Menangislah kerana Tuhanmu…
Aku ada untukmu…



YA ALLAH,
Aku sudi selamatkan mereka..
Walau kudratku tiada terdaya..


YA ALLAH,
Aku tahu peritnya beban
pendosa.
Aku tahu sakitnya berjuang sendiri dikalam noda.
Aku tahu payahnya merangkak jalan keluar menuju cinta-Mu.Aku tahu.
Aku mahu mereka tahu.
Aku ada.
aku ada.
Yang sedia mendengar.
Yang sedia memahami.
Datanglah kepadaku……….


ALLAH…
Aku cinta perjuangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tambah ilmu lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...