Ada sebuah kedai menjual binatang peliharaan
yang menjual pelbagai jenis burung. Ada burung merpati, ada burung tekukur, ada
burung pipit dan pelbagai lagi jenis burung peliharaan. Dalam kalangan burung
yang banyak itu, ada seekor burung nuri yang cukup petah berkata-kata.
Nani namanya. Burung ini telah dipelihara oleh
pemilik kedai itu sejak dari kecil lagi. Nani mempunyai satu kelebihan. Setiap
kali ada yang memasuki kedai itu, Nani akan terus memberikan ucapan
“Assalamualaikum”.
Ucapan ini diucapkan berulang-ulang kali tanpa
jemu setiap kali pelanggan memasuki kedai itu. Hasil kelebihan burung inilah,
kedai ini sentiasa menjadi tumpuan para pencinta haiwan peliharaan. Nuri
diletakkan di dalam sebuah sangkar berhampiran dengan pintu masuk kedai
tersebut.
Pada satu hari, masuklah seorang lelaki Inggeris
ke dalam kedai tersebut. Lelaki ini seorang atheist dan cukup anti dengan
sebarang bentuk amalan yang mencerminkan agama. Takkala lelaki ini memasuki
kedai, Nani seperti kebiasaan terus mengucapkan ucapan salam kepadanya.
Lelaki ini terus berubah menjadi marah dan
merenung tepat kepada si Nuri itu. Nani direnungnya tanpa berkelip. Nani
kemudiannya memberikan ucapan salam sekali lagi kepada lelaki itu memandangkan
dia masih belum melangkah masuk melepasi sangkarnya. Satu bentuk rutin yang
telah diajarkan kepadanya sejak dari dahulu lagi.
Takkala mendengar lagi ucapan salam itu, lelaki
itu menjadi marah dan menghendik dengan kata-kata kesat kepada Nani. Nani hanya
berdiam diri. Berang melihat keadaan itu, lelaki itu bertindak
menggoncang-goncangkan sangkar Nani.
Burung itu terbang tidak tentu hala sebentar dan
kemudiannya hinggap kembali ke tempat bertenggeknya. Letih bersikap demikian,
lelaki itu berdiri dan merenung kembali si Nuri itu. Tidak lama kemudian, Nani
memberi salam kembali kepada lelaki tersebut. Lelaki itu berdiam diri dan
berfikir sejenak.
Tiba-tiba terlintas di fikirannya untuk
melakukan sesuatu yang buruk kepada si Nuri. Setelah menoleh dan memastikan
tuan punya kedai terlalu sibuk melayan pelanggannya, lelaki itu mengambil
sebotol racun yang kebetulan ada di dalam poketnya. Racun yang tidak berbau dan
berwarna. Dia menuangkan racun itu ke dalam bekas minuman Nani. Lelaki
berkenaan mengangkat kaki setelah berjaya melakukan tindakan itu.
Nani meneruskan lagi rutin kehidupannya seperti
biasa. Terus menerus memberikan salam kepada sesiapa yang memasuk ke dalam
kedai. Setelah beberapa ketika, burung itu berasa haus dan meneguk air yang
telah diracuni itu. Nani berasa cukup sakit dan lemah. Tiba-tiba ia jatuh rebah
dan kemudiannya mati.
Jalan
cerita di atas sebenarnya merupakan satu analogi kepada kehidupan umat Islam
sekarang. Ramai yang tahu menyatakan diri mereka Islam, namun ucapan itu
sekadar hanya meniti di atas bibirnya sahaja. Diulang-ulang ibarat sang Nuri
tanpa difahami erti sebenar yang terkandung di dalamnya.
Takkala musuh melakukan sesuatu yang
memudharatkan, mereka bangkit menyelamatkan diri. Takkala musuh berdiam diri,
kita turut sama berdiam diri. Diam musuh diam berisi, diam
kita tin kosong. Musuh sentiasa gigih berfikir pelbagai
cara lain untuk menjahanamkan agama ini. Jahanam dengan cara tanpa boleh
dibuktikan kejahatan mereka.
Maka digunakanlah pelbagai jenis “ racun-racun ”
berbisa yang bukan sahaja menggugat aqidah, malahan meresap dan mematikan umat
ini. Mematikan roh perjuangan umat yang ramai ibarat buih di lautan. Maka
matilah seorang demi seorang muslim yang sedang leka dicandui fatarmogana
kehidupan. Mempunyai akal namun tidak digunakan sebaik-baiknya. Satu kitaran
bodoh kehidupan yang berulang-ulang…..
“
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau & main-main
sahaja. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, kalau mereka
mengetahui. ”
(Surah
Al-Ankabut, ayat 64)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan