Angin tak ribut, Gempa pun tak de tiba tiba sego;ongan rakyat Indonesia mengamuk tak tentu pesal marahkan rakyat Malaysia. Semuanya angkara tarian pendet . Tarian yang disiarkan Discovery Networks Asia Pacific ketika mempromosi dokumentari Enigmatic Malaysia. Ia bukan angkara kerajaan Malaysia atau Indonesia. Dokumentari itu mendakwa ianya s ebahagian tarian Malaysia sedangkan ianya milik masyarakat Indonesia.
Demikianlah sensitifnya masyarakat Indonesia terhadap sesuatu yang menjadi milik mereka. Kalau difikirkan, apalah salahnya berkongsi mendakwa tarian tersebut milik bersama kerana kita dari rumpun yang sama. Semangat cintakan negara begitu tinggi berbanding pemuda Malaysia yang tak terasa apapun ketika tanah milik negara mereka menjadi milik Singapura... bukan dari rumpun yang sama. Penyerahan Pulau Batu Putih tidak dilihat satu kehilangan negara termasuk pemimpin negara yang didakwa tidak serius mempertahankannya di mahkamah antarabangsa.
Sebenarnya hubungan rakyat kedua negara amat rapat dari segi hubungan kekeluargaannya. Yang menjadikan kita bermusuh ialah penjajah. Harus diingat, Dr Burhanudin dan pejuang kemerdekaan dulu pernah berusaha mewujudkan Melayu Raya merangkumi keseluruhan kepulauan melayu namun digagalkan oleh Inggeris. Inggeris tidak mahu rakyat yang beragama Islam ini bersatu bagi melahirkan kekuatan. Sememangnya Inggeris menggunakan dasar pecah perintah di seluruh negara. bermula memecahkan Khilafah Islam hinggalah negara kecil umat Islam!
Persoalannnya adakah ianya benar angkara tarian tersebut. siapa pula dalang di sebaliknya? apakah ianya lahir dari kesedaran atau pihak lain menjadi dalang? Apakah mungkin pihak lain dari kedua negara berkepentingan dalam isu ini. Mungkin ada kaitan dengan isu gaji pekerja Indonesia atau isu lain? Dalam mainan politik pelbagai perkara luaran mesti diungkap. terlalu banyak perkara yang tersirat!!
Apakah kita lupa bagaimana pemerintah Singapura mengalihkan perhatian rakyatnya menjelang pilihanraya? Ketika itu populariti parti pemerintah merudum teruk. Namun di saat akhir, parti pemerintah Singapura mendapat talian hayat dari kerajaan Malaysia melalui pembatalan Jambatan Bengkok. Pemerintah Singapura menang besar!
Malaysia juga pernah menggunakan hubungan dua hala sebagai senjata politik. Berapa kali Malaysia menggunakan isu ancaman Singapura bagi mendapatkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Ianya bukan perkara baru. Negara maju seperti Amerika juga menggunakan modus operandi yang sama.
Dalam isu ini ia masih samar! Jika benar alasan tarian 30 saat,ianya amat remeh temeh! atau ada pihak lain menjadi dalang kepada semua yang berlaku? apa yang anda fikirkan adalah hak anda, bukan untuk menuduh tetapi sekadar untuk waspada agar jerat tidak membaham mangsa!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan